Takziah diucapkan kepada keluarga penyanyi era 1960-an, Habibah Yaacob atau nama sebenarnya Khairani binti Yaacob, 66, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang, Batu Caves Sabtu lalu.  
 
Difahamkan, Allahyarham terlantar sakit di hospital tersebut sejak tiga minggu lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan darah. 
 
Allahyarham meninggal dunia pada rakaat kedua solat Subuh dan kematiannya disahkan pada jam 7.30 pagi. Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tua, Batu Caves pada hari yang sama. 

Habibah terkenal pada era 1960-an dengan lagunya 'Malam Ini Kita Berpisah' dan 'Ku Sayang Padamu'.